Sunday, November 15, 2015

penamat hidupku

Alhamdulillah ya Allah.. kau telah permudahkan segalanya...
Tersusun cantik aturanMu ya Allah
Alhamdulillah kau temukan aku dengan suami ku yang aku sanjungi dan sayangi
Dia peneman ku ke syurgaMu
Dia baik ya Allah
Dia seorang yang tabah
Seorang yang penyayang..
Ya Allah jika kesusahan ini menguatkan rasa cinta antara kami
Aku redha...aku berserah..
Jangan Kau jauhkan hati kami
Jangan Kau pesongkan hati kami
Sesungguhnya Engkau sebaik baik pertunjuk..
Yang tinggal dalam cerita ini hanya aku dan dia
Dan kami bakal dikurniakan seorang cahaya mata iaitu mungkin seorang
Panglima seperti ayahndanya...
Semoga segalanya dipermudahkan..
Jika nyawaku tidak panjang atau ajal ku sudah tiba semasa melahirkan
Kau berikan kebahagiaan kepada orang yang cintai suamiku kebahagiaan yang tidak terhingga
Kau berikan dia kekuatan hidup..
Kau berikan dia peneman hidup uang lebih sempurna dariku
Kau beri ia isteri yang taat lebih dari aku taat pada dia
Kau beri dia isteri yang sangat menyayangi doa lebih dari aku menyayangi nya
Kau beri dia seseorang yang mampu memberi ketenangan lebih dari kemampuanku
Kau beri dia kebahagiaan dunia akhirat....
Aku bukan lah isteri yang spurna tetapi aku berusaha supaya menjadi sempurna
Dimata suamiku
Jika ada salah dan silap aku selama menjaga dia... aku mohon ampun ya Allah
Aku sayang dia ya Allah
Satu pinta ku..
Temukan lah kami semula di syurga JannahMu
....