Sunday, November 15, 2015

penamat hidupku

Alhamdulillah ya Allah.. kau telah permudahkan segalanya...
Tersusun cantik aturanMu ya Allah
Alhamdulillah kau temukan aku dengan suami ku yang aku sanjungi dan sayangi
Dia peneman ku ke syurgaMu
Dia baik ya Allah
Dia seorang yang tabah
Seorang yang penyayang..
Ya Allah jika kesusahan ini menguatkan rasa cinta antara kami
Aku redha...aku berserah..
Jangan Kau jauhkan hati kami
Jangan Kau pesongkan hati kami
Sesungguhnya Engkau sebaik baik pertunjuk..
Yang tinggal dalam cerita ini hanya aku dan dia
Dan kami bakal dikurniakan seorang cahaya mata iaitu mungkin seorang
Panglima seperti ayahndanya...
Semoga segalanya dipermudahkan..
Jika nyawaku tidak panjang atau ajal ku sudah tiba semasa melahirkan
Kau berikan kebahagiaan kepada orang yang cintai suamiku kebahagiaan yang tidak terhingga
Kau berikan dia kekuatan hidup..
Kau berikan dia peneman hidup uang lebih sempurna dariku
Kau beri ia isteri yang taat lebih dari aku taat pada dia
Kau beri dia isteri yang sangat menyayangi doa lebih dari aku menyayangi nya
Kau beri dia seseorang yang mampu memberi ketenangan lebih dari kemampuanku
Kau beri dia kebahagiaan dunia akhirat....
Aku bukan lah isteri yang spurna tetapi aku berusaha supaya menjadi sempurna
Dimata suamiku
Jika ada salah dan silap aku selama menjaga dia... aku mohon ampun ya Allah
Aku sayang dia ya Allah
Satu pinta ku..
Temukan lah kami semula di syurga JannahMu
....

Tuesday, April 7, 2015

Kebahagiaan yg kian hilang

Ya Allah aku bertawakal dan berserah diri padaMu ya Allah
SesungguhNya aku telah sampai di garisan penamat
Aku sudah tidak berdaya utk meneruskan semua ini lagi.. Aku sudah menjadi lemah ya Allah
Tunjukkan lah aku jalan yang terbaik yang Kau redhai ya Allah
Jika jalan itu adalah perpisahan aku redha ya Allah
Aku bukan minta akan perpisahan ini
Tapi aku.... Mmg sudah nekad utk mninggalkannya... Aku tidak ingin berkongsi kasih lagi...
Walau mcm manepon.. Pada annversary kami yg pertama.. Aku ttp ingin dia melepaskan aku...
Maaf syg... Bukan sebab tiada kasih dn syg di dalam hati ini.. Cuma aku tidak ingin terus menerus berkongsi kasih.. Mngkin aku tersilap langkah waktu aku menerimamu.. Kerna kemampuan ku tidak seperti yang ku jangkakan..
Aku lemah.. Maaf... Aku harus pergi juga...
22/5/2015
Tolong .. Pnuhi segala permintaanku jika engkau memang ingin melihat ku bahagia..
Terima kasih syg.. Maaf selama dengan awak sy ada melukakan aty awak.. Tpi dgn nama Allah sy telah beri yg terbaik untik awak...segala galanya hanya utk awk.. Sampai disini sahaja hubungan kita....
Semoga Allah memberkati setiap sudut kehidupanmu..
Aku harus pergi... Ingat janji kita..
Namamu tetap di hati..
Loveyouuumanja 😘😍

Monday, March 30, 2015

Allah jagakan dia untukku

Ya Allah.. hati aku sebak.. hati aku terkadang rapuh dek kerana Ujian yang telah Kau aturkan untuk diriku..
ya Allah berikan aku kekuatan untuk aku menjadi yang terbaik untuk dirinya,
Ya Allah yang maha pengasih, jangan pisahkan kasih sayang kami, tetapkan lah jiwa kami menyayangi satu sama lain dantetapkan lah hati kami padaMu
Ya Allah, dia sumber kekuatan yang aku ada
Dia segala galanya untuk diri ini... tiada niat utk merampas hak sesiapa, tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa , tapi disebabkan aku percaya dia adalah Jodoh dan kebahagiaan yg telah Engkau tetapkan untuk diri ni.. aku sanggup menghadapi semua ini..
ya Allah hanya Kau tempat pergantungan ku..
jika kekuatan aku musnah hancur suatu hari nanti...
berikan lah kebahagiaan yang tidak terhingga untuk dirinya yang aku sayang
tapi selagi kemampuan ku melebihi segalanya kasih sayangku tidak akan putus dn hilang utknya
dia selalu ada di kala senang gembira susah sedih diriku..
biarlah apa yang orang  kata
biarlah apapun yang orang hina
bagiku... dia segalanya.. tiada tandingan dengan mana mana lelaki sekali pun..
aku tetap bersamanya hingga ke Jannah Mu ya Allah..
aku cuba sedaya upaya menjadi ketenangan utknya,
aku cuba faham dia dari setiap sudut
aku ingin melihatnya sentiasa tersenyum tapi untuk membuat semua perkara di atas aku juga memerlukan kekuatan dari Mu ya Allah..
terima kasih Allah hadirkan dia untuk membimbingku..
dia yang terbaik dunia dan akhirat..
satu permintaan ku ya Allah.. jika suatu hari nnti umurku sudah sampai dipenghujungnya.. jangan lah biarkan dia hanyut dalam kesedihan... berilah ia kebahagiaan dunia dan akhirat...
Allah...
berilah rahmat dalam hubungan kami
aku sudah cuba sedaya upaya untuk dirinya walaupun terkadang aku rapuh...
aku sayang cinta dan kasihinya , tiada yang lain yg bleh mngisi ruang hati ini.. hanya dia :')
Mohd Kamal Bin Abdul Hamid

Pesanan untuk diri ini

pada suatu hari,
terjadi satu pertelingkahan antara aku dan dia 
disebabkan orang lain aku telah memarahinya dan membuatnya sakit hati dalam keadaan yang tidak sengaja..
ya Allah berdosanya aku.. dah lama aku tak ucapkan "sesuatu" itu sebab aku telah berjanji sebelum ni.. akhirnya terkeluar juga "sesuatu" itu pada malam tu.. 
tapi satu pengajaran yang aku dapat , selepas pertelingkahan ini.. adalah :
tetap teruskan berjalan walau di hina dimaki dan dihamun
tetap teruskan melakukan kebaikkan di setiap perkara
menghiraukan orang lain
hanya yang ada dalam kehidupan aku, hanya ada AKU DAN KAU :)
ayg sayang dy :')

cinta dunia dan akhiratku insyaAllah

Mohd Kamal Bin Abdul Hamid

aku yakin pasti dan seyakin yakin nya..
dia memang jodoh yang Allah hantar untukku..
dia adalah lelaki yang tinggi kesabaran yang tiada tandingan nya dengan yang lain...
dia mampu mendidikku dari segi mental dan fizikal,
ya Allah aku bersyukur kerana Kau telah satukan hati ku dengan hatinya, aku ingin menjadi bidadarinya d syurga kelak :')
ya Allah.. dia kekasih ku, berpisah kami Nauzubillahminzalik
jauhkan lah kami perasaan benci
dekatkan hati kami kepadaMu
tanam dan sematkan lah rasa cinta kami yg berpanjangan <3 p="">

Monday, November 4, 2013

lakum dinukum waliyadin

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "