Hati yang hidup menggerakkan
potensi yang ada pada diri
seseorang.
Sebaliknya, hati yang mati
membunuh segala bakat dan
potensi diri.
Sesuatu umat hanya boleh
dibangunkan dengan
menggerakkan potensi dirinya
serta mengarahkannya kepada
pembangunan.
Dengan pengutusan Rasulullah
SAW, segala bakat dan potensi
sahabat yang selama ini
terpendam digerakkan dengan
penghayatan al-Quran.
Hati yang hidup adalah hati yang
subur dan bersedia untuk
mendengar, melihat dan
menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai
nur, tenaga dan kekuatan.
Ia sentiasa tunduk dan patuh
kepada Allah dengan penuh
khusyuk, takwa serta kasih dan
simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al-
Quran bersedia mematuhi segala
perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah
syarak barulah kehidupan manusia
akan sempurna. Bukankah Allah
berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran ini
membimbing ke jalan yang lurus
(benar)." -Surah al-Isra ’, ayat 9
Perkara ini disebutkan juga dalam
firman-Nya bermaksud:
"Taha (maknanya hanya diketahui
Allah). Kami tidak menurunkan al-
Quran kepadamu supaya kamu
menjadi susah, tetapi sebagai
peringatan bagi orang yang takut
kepada Allah; iaitu diturunkan
daripada Allah yang menciptakan
bumi dan langit yang tinggi?" -
Surah Taha, ayat 1-4
Maka untuk menghidupkan hati
dengan al-Quran, kita
memerlukan beberapa syarat:
Pertama, al-Quran hendaklah
dibaca dengan tenang dan
khusyuk, dalam keadaan bersunyi
diri (berkhalwah), terutama pada
waktu tengah malam atau fajar
(Subuh).
Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya membaca al-
Quran pada waktu fajar (Subuh)
itu disaksikan malaikat." -Surah al-
Isra’, ayat 78
Kedua, membaca al-Quran
dengan pengamatan maknanya
seperti yang dijelaskan dalam
firman Allah bermaksud:
"Tidakkah mereka merenungi
(tadabur) al-Quran itu?" -Surah
Muhammad, ayat 24
Pembacaan yang disertai dengan
renungan dan pengamatan
sedemikian akan membuka pintu
hati seseorang untuk menerima
kebenaran yang terkandung
dalam al-Quran.
Dengan perkataan lain, roh dari
alam tinggi (alam Ketuhanan) yang
dibawa oleh al-Quran itu akan
turun dan meresapi ke dalam hati
pembaca al-Quran kemudian ia
menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal
kebenaran dengan mudah dan
mencintainya. Nilai kebenaran dan
kebaikan akan tumbuh subur
dalam jiwanya. Lantas ia menyukai
kedua-keduanya, tetapi membenci
dan menentang kebatilan dan
kejahatan.
Ketiga, sentiasa bersikap bersedia
untuk menerima kebenaran al-
Quran sebelum membaca atau
mendengarnya.
Manusia sering dikuasai oleh hawa
nafsunya. Segala keinginan dunia
(hingga membawa kepada
kegilaan) adalah dinding (hijab)
tebal yang menutup hati
seseorang itu sehingga
menyebabkan enggan menerima
hidayah Allah melalui al-Quran.
Keempat, merealisasikan
kehambaan ('ubudiyyah) diri
sewaktu membaca al-Quran.
Perasaan ini akan dapat
menimbulkan keazaman untuk
merealisasikan segala ajaran al-
Quran yang dibaca itu dalam
kehidupan. Ini semata-mata untuk
mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan
yang sedemikian akan
menimbulkan keazaman untuk
bermujahadah iaitu melawan
kemahuan diri yang bertentangan
dengan tuntutan ‘ubudiyyah
kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah
Allah yang terkandung dalam al-
Quran adalah tafsiran makna ayat
yang dibacanya itu di dalam
kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup
dan segar, maka hati perlu
sentiasa menjalani proses
mujahadah (melawan segala
kemahuan diri yang bertentangan
dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah,
ertinya hati itu beku dan kotor.
Hati yang kotor dan beku
menyebabkan seseorang itu tidak
ingin melakukan kebaikan, malah
ia sentiasa melakukan perkara
yang bertentangan dengan ajaran
Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis
Rasulullah SAW bermaksud:
"Huzaifah berkata: Aku pernah
mendengar Rasulullah bersabda:
Fitnah akan melekat di hati
manusia bagaikan tikar yang
dianyam secara tegak-menegak
antara satu sama lain. Mana-mana
hati yang dihinggapi oleh fitnah,
nescaya akan terlekat padanya
bintik-bintik hitam.
"Begitu juga dengan hati yang
tidak dihinggapinya, akan terlekat
padanya bintik-bintik putih
sehinggalah hati itu terbahagi
kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih
bagaikan batu licin yang tidak lagi
terkena bahaya fitnah, selama
langit dan bumi masih ada,
manakala sebahagian yang lain
menjadi hitam keabu-abuan
seperti bekas tembaga yang
berkarat, tidak menyuruh
kebaikan dan tidak pula melarang
kemungkaran, segala-galanya
adalah mengikut
keinginan." (Riwayat al-Bukhari di
dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)
No comments:
Post a Comment