Monday, October 11, 2010

prinsip:maaf saya tidak bslam dgn bukan mukhrim .

"I noticed you did not shake hands
with guys", sapa Sian Hodgson
berketurunan Welsh, kawan
sekuliah saya.
"True. It is Islam. We are not
allowed to physically touch the
opposite gender except our
spouses and family members",
secara ringkas diterangkan
kepadanya.
"Just like the Jews! Jewish women
do not shake hands with men",
ujarnya.
Jika Sian teruja dengan ilmu baru
berkaitan Islam, saya pula teruja
dengan apa yang dia kongsikan.
Saya tahu, Yahudi dan Islam
percaya tuhan adalah Esa.
Saya tahu, Yahudi dan Islam
mengaku Nabi Musa as adalah
utusan Yang Maha Pencipta.
Namun, tidak pernah pula saya
tahu bahawa Yahudi tidak
bersalaman dengan yang
berlainan jantina, kecuali yang
halal sahaja! Menarik.
Lebih menarik lagi apabila Sian,
bukan beragama Yahudi mahu
pun Islam, tidak mempersoalkan
hatta memperlekeh apa yang saya
terangkan.
Perbualan di atas sekadar mengisi
masa ketika berehat sebentar
daripada kerja-kerja seni bina yang
tidak akan pernah sempurna.
Perbualan berlaku di studio,
tempat kami berkerja,
Semestinya jawapan yang
diberikan kepada Sian tidak
melayakkan A1 untuk subjek
pendidikan agama.
Saya kira, jawapan ringkas sudah
memadai untuk kali yang pertama.
Andai saya memasukkan istilah
lelaki ajnabi dan yang sewaktu
dengannya, sulit!
Saya menjawab bukan untuk
mengajar agama. Tiadalah
bertauliah pula.
Sekadar menyampaikan mesej
bahawa Islam punya prinsip.
Namun, disebalik mesej, saya
terpukul sendiri.
Islam serta Muslim adalah dua
entiti yang berbeza.
Muslim punya prinsip?
Belajar Dari Barat?
Sebelum berangkat di luar negara,
kami ditekankan tentang
menghargai masa.
Hal ini termasuklah bab ketepatan
masa serta memanfaatkan
semaksimum mungkin masa yang
ada.
Maka, ketika persediaan di kolej
sebelum ke luar negara lagi sudah
dilatih. Ditambah pula tenaga
pengajarnya mat saleh.
Sekalipun dewan belum dipenuhi
pelajar, andai cukup masa,
pengerusi majlis harus memulakan
acara. Jika tidak, isu besar!
Hal yang sama turut jelas
diamalkan ketika saya di luar
negara selama tiga tahun.
Sama ada di peringkat individu,
masyarakat, hatta sistem sosial
yang dirancang oleh pemimpin,
turut mengaplikasikannya.
Menghargai masa.
Paling terkesan ialah sistem
pengangkutan awam. Selaku
pengguna setia, saya cukup
berpuas hati dengan sistem serta
perkhidmatan yang disediakan.
Samada perkhidmatan bas dalam
bandar sehinggalah perkhidmatan
keretapi antara bandar, semuanya
mempunyai jadual waktu yang
tersendiri.
Jam dan minit telah ditetapkan.
Selalunya tepat, jarang-jarang tiba
awal atau terlewat. Jarang sekali.
Cumanya, pernah sebanyak dua
kali saya tertinggal kereta api.
Malu dengan diri sendiri. Terlewat
beberapa minit, kadangkala saat!
Kata orang sudah takdir.
Kata saya, jangan salahkan takdir,
muhasabah kecuaian sendiri.
Itulah Barat yang mengajar saya
bahawa prinsip menepati masa
berbicara melalui perbuatan.
Bukan sekadar ditulis didinding
menjadi hiasan. Bukan sekadar
ucapan, dibuktikan dengan
tindakan.
Jauh sekali ingin mengagungkan
Barat dengan prinsip menghormati
masa kerana Islam jauh lebih
hebat dalam hal yang serupa.
"Demi Masa! Sesungguhnya
manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, dan mereka
pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan
dengan sabar".
Islam menyatakan prinsip
menghargai masa sejak lebih
daripada 1400 tahun dahulu.
Ditulis dengan jelas bahkan kekal
ke hari ini di dalam kitab suci.
Soalnya...
Muslim.
Menanam Prinsip
Memegang kukuh sesuatu prinsip
perlukan latihan secara
berterusan. Seperti kata
manusia,the best way tolearn it is
todo it!
Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. Islam dari awal lagi
menyediakanlatihan khusus bagi
mengamalkan prinsip menghargai
masa.
Latihan melalui pergerakan.
Latihan sepanjang kehidupan
bahkan jatuh hukum wajib apabila
sudah akil baligh.
Latihan yang diulang-ulang lima
kali sehari, hatta dalam keadaan
sakit melainkan tidak sedarkan diri.
Latihan tanpa perlu ada sesiapa
memantau, hanya berdasarkan
hubungan antara manusia dan
pencipta. Itulah solat.
Setiap kali azan berkumandang,
umat Islam dianjurkan untuk
meninggalkan pekerjaan dan
menyahut seruanHayya 'ala solah.
Berpusu-pusulah manusia
bergerak ke masjid untuk solat
jemaah bersama-sama.
Bergerak daripada satu perbuatan
kepada perbuatan yang lain.
Usai bersolat, digalakkan pula agar
terus beralih kepada urusan yang
seterusnya. Hanya mereka yang
tersilap faham kekal duduk di
masjid berzikir panjang berjela,
beribadah katanya.
Sedangkan ibadah itu luas.
Ringkasnya, ibadah solat melatih
Muslim menghargai masa dalam
tiga perkara, sekurang-kurangnya
pada pengamatan saya.
01.Pertama,ketepatan
masa.Sebelum waktu solat lagi
dianjurkan untuk bersiap sedia
dan tiba sedikit awal untuk
mengerjakan solat sunat.
Apa jua pekerjaan sewajarnya
ditinggalkan apabila tiba waktu
solat.On time!
02.Kedua,tidak menangguh-
nangguhkan masa.Sikap tidak
bertangguh dalam solat
dinyatakan dengan jelas di dalam
ayat sembilan Surah Al-
Mukminun.
Antara ciri orang beriman ialah
mereka yang memelihara solatnya
dan beruntunglah mereka.
Bayangkan dalam
menyiapkancoursework kuliah
misalnya, andai ditangguh,
bukankah parah?
03.Ketiga,memanfaatkan masa
sebaik mungkin.Solat ialah masa
bertemu dengan Allah swt.
Manusia dituntut memanfaatkan
masa tersebut dengan hanya
mengingatiNya dan meninggalkan
urusan dunia.
Khusyuk. Selesai solat, tidak
berlengah-lengah. Segera
berpindah pada pekerjaan lain
pula. Setiap masa perlu diisi
dengan perkara baik dan
diusahakan sehabis baik.
Hebat bukan? Islam bukan
sekadar menyatakan prinsip,
bahkan menyediakan latihannya
sekali. Percuma!

No comments: