Tuesday, October 12, 2010

“Jika ISLAM ituBENAR,tempatkan bilikku diNERAKA, ”jelas seorang manusiayang mempertikaikan hukumaurat dan mencabar ALLAHSWT

Assalamualaikkum & Salam
Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita
di bawah ini yang benar-benar
berlaku di BUMI ISLAM sendiri
iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah
dibawah ini cukup menyayat hati
anda sehingga menyedarkan anda
dari terus leka dengan permainan
dunia yang melalaikan.
Pada suatu hari, seorang gadis
yang terpengaruh dengan cara
hidup masyarakat Barat menaiki
sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di
bumi yang terkenal dengan tradisi
keislaman, pakaian gadis tersebut
sangat menjolok mata.Bajunya
agak nipis dan seksi hampir terlihat
segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan daripada
pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20
tahun. Di dalam bas itu, ada
seorang tua yang dipenuhi uban
menegurnya: "Wahai pemudi!
Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta
agama Islam kamu, itu lebih baik
daripada kamu berpakaian begini
yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki.... "
nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat
bertetapan dengan tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu
dengan jawapan yang mengejek:
"Siapalah kamu hai orang tua?
Adakah kamu cuba nak ingatkan
aku supaya menutup aurat
sepenuhnya sedangkan bapa
kandungku sendiri tidak pernah
menasihatiku?Apakah kamu mahu
aku berpakaian menutup aurat
sedangkan aku masih mahu bebas
menayangkan tubuh badan ku di
khalayak ramai?Apakah di tangan
kamu ada anak kunci syurga? Atau
adakah kamu memiliki sejenis
kuasa yang menentukan aku bakal
berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-
kata yang sangat menghiris
perasaan orang tua itu, gadis itu
tertawa mengejek panjang. Tidak
cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon
bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata-kata yang
lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu
BENAR,tempatkan bilikku di
Neraka ,Ambil handphone ku ini
dan hubungilah Allah serta tolong
tempahkan sebuah bilik di neraka
jahanam untukku," katanya lagi
lantas ketawa berdekah-dekah
tanpa mengetahui bahawa dia
sedang mempertikaikan hukum
Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan daripada si
gadis manis. Sayang sekali,
wajahnya yang ayu tidak sama
dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain
turut terdiam malah ada yang
menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di
dalam bas tidak menghiraukan
gadis muda yang tidak
menghormati hukum-hakam
agama itu dan mereka tidak mahu
menasihatinya kerana khuatir dia
akan akan menghina agama
dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun
tiba di perhentian. Gadis seksi
bermulut celupar tersebut tertidur
di muka pintu bas. Puas pemandu
bas termasuk para penumpang
yang lain mengejutkannya tapi
gadis tersebut tidak sedarkan diri.
Tiba tiba orang tua tadi memeriksa
nadi si gadis. Sedetik kemudian dia
menggeleng-gelengkan kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui
Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang
menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu. Dalam
suasana kelam kabut itu, tiba tiba
tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk menyelamatkan jenazah
tersebut. Tapi sekali lagi mereka
terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya. Mayatnya
menjadi hitam seolah-olah dibakar
api. Dua tiga orang yang cuba
mengangkat mayat tersebut juga
kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si
mayat. Akhirnya mereka
memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat
hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya
menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Na'uzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha
Berkuasa di atas segala sesuatu.
Sangat baik kita jadikan iktibar dan
pelajaran dengan kisah benar ini
sebagai Muslim sejati. Jangan
sesekali kita mempertikaikan
hukum Allah mahupun sunnah
RasulNya s.a.w. dengan
mempersendakan atau mengejek.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak
sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau
sembahyang tidak akan buat kita
jadi kaya dan seumpamanya
adalah kata-kata yang sangat
biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh
melupakan kematian, tetapi
kematian tetap akan terjadi
kepada kita. Hanya masanya saja
yang akan menentukan bila kita
akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang
bodoh, siapakah orang yang
bodoh itu? Mereka itulah orang
yang ingin melawan Tuhan Rabbul
'alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan
bererti anda ingin melawan arahan
Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk
dengan undang-undang sekolah,
dalam pekerjaan anda tertakluk
dengan undang-undang yang
dilakar oleh majikan anda, di
dalam negeri anda tertakluk di
bawah undang-undang negara
anda. Begitu taksub sekali anda
terhadap undang-undang itu
sehingga terlalu prihatin takut
kalau melanggar undang-undang
tersebut . Apabila anda berpijak di
bumi ini, anda juga tertakluk
dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang pemilik
yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman
larangannya, begitu juga Allah
s.w.t. taman laranganNya adalah
perkara-perkara yang telah
diharamkan bagi hamba-
hambaNya di muka bumi ini. Sama
samalah kita memohon agar Allah
sentiasa memberi kita petunjuk di
atas jalan yang benar dan agar Dia
memberikan kekuatan agar kita
sentiasa dapat menjaga lidah kita,
amin.

No comments: